Ahad, 20 Jun 2010

Pelancaran Majalah Potensi pada 26 Ogos 2008 oleh Datuk Noh Omar


Pada 26 Ogos 2008, Majalah Potensi telah selamat dilancarkan oleh Datuk Noh Omar (selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi @ MECD pada waktu itu). Hari tersebut sebenarnya berlangsung program TEKUN NASIONAL di PWTC dan Majalah Potensi telah mendapat tapak pameran untuk membuat promosi dan kebetulan edisi potensi yang ke-6 pada waktu itu adalah mengenai TEKUN NASIONAL.Bersama-sama beliau adalah Datuk Abdul Rahim Bin Hassan Pengarah Urusan dan CEO TEKUN Nasional yang begitu banyak menyokong penerbitan Majalah Potensi.Alhamdulillah walaupun Potensi belumpun setahun jagung kami telah mendapat perhatian dan sokongan daripada Agensi di bawah Kerajaan..Bertitik tolak daripada situ, lebih ramai mengenali Majalah Potensi dan lebih ramai lagi rakaniaga baru yang mendaftar untuk menjadi pelanggan kami.